
Kepatuhan Akta 852: KKM jalankan aktiviti penguatkuasaan secara pendidikan
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) telah menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara pendidikan di 104,674 premis bagi memastikan kepatuhan kepada Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Akta 852), bagi tempoh sehingga 31 Disember lalu. Menurut KKM, aktiviti dilaksanakan bersama dengan pengedaran tanda amaran khususnya di dua lokasi baharu yang diisytiharkan kawasan larangan merokok