
Kulit wajah semakin baik… “Biar berubah perlahan-lahan” – Aina Abdul
PENYANYI popular Aina Abdul berasa lega apabila masalah kulit wajahnya semakin pulih dan bertambah baik. Walaupun terdapat warganet yang masih mempertikaikan kulit wajah Aina, bagi penyanyi lagu Semalam ini perubahan secara perlahan-lahan sudah membuatkan dirinya gembira. “Saya percaya kepada perubahan secara perlahan-lahan atau langkah demi langkah. Bukan berubah secara drastik.