
Agong titah PDRM siasat menyeluruh kes berkaitan GISBH
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH). Seri Paduka Baginda memandang serius perkara itu selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan di media massa