
Parlimen bukan tempat bertegang urat, maki hamun, tabur fitnah
PARLIMEN bukanlah tempat untuk bertegang urat, memaki hamun atau menabur fitnah. Demikian tegas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ketika Titah Diraja sempena istiadat pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ke-15 hari ini. Sebaliknya titah Seri Paduka, Parlimen adalah dewan yang mulia untuk membahaskan agenda kepentingan rakyat dan kemakmuran negara. “Ahli-ahli Yang Berhormat