
Berita
KSN tumpu lima Bidang Keberhasilan Reformasi dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam
KETUA Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan menumpukan lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) yang diperkukuh dengan 20 strategi dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam digagaskan beliau. Lima BKR itu ialah Penghayatan Nilai dan Tatakelola, Pembangunan Modal Insan, Pembangunan Organisasi, Penyampaian Perkhidmatan, dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.