
“Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?” Aeril dijangkiti COVID-19 kali kedua
PELAKON kacak Aeril Zafrel mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19 buat kali kedua tahun ini. Menerusi instagramnya, Aeril berasa hairan dirinya dijangkiti wabak tersebut walaupun hanya berada di rumah. “Hmm.. Positif COVID-19 lagi. Tahun ni sahaja dah dua kali kena. Padahal duduk rumah sahaja. “Ada yang macam ni? Duduk rumah pun positif?”