
Berita
Aeril Zafrel, Wawa Zainal hadiahkan dua kondominium sempena hari lahir anak
PASANGAN pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menghadiahkan dua kondiminium sempena hari lahir dua anaknya Soffya dan Fahri sebagai persediaan masa depan mereka. Wawa, berkata kediaman berkenaan dibeli hasil daripada perniagaannya. Wawa berkongsi perkara itu pada majlis pelancaran Wawa Mummy Baby Sunscreen Set di Bangi Golf Resort, Selangor baru-baru ini.