
6,000 pengunjung terawal Bazar Ramadan Rahmah di ibu kota berpeluang terima RM20 e-tunai
KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluaskan lagi Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan melalui pemberian Insentif e-tunai RM20 kepada 6,000 pengguna atau peniaga terawal di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di sekitar ibu kota sepanjang bulan Ramadan ini. Timbalan Menteri KPDN Senator Fuziah Salleh berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi pemberian