
Fokus
Nyala obor cinta negara
Oleh SABRINA SABRE & DIANA AMIR MALAYSIA adalah nama yang dipilih semasa penubuhan kerajaan persekutuan yang menggabungkan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963. Pada ketika itu, penubuhan kerajaan ini mendapat tentangan dari negara jiran, Filipina dan Indonesia hingga memaksa diadakan satu pungutan suara