TIMBALAN Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan pelaksanaan pemberian tol percuma bermula pada 23 Disember dah 26 Disember.
Ujarnya kemudahan tol percuma itu diberi selama dua hari sempena cuti sambutan perayaan Krismas.
“Pengecualian tol akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara, iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.”
Pemberian tol percuma ada inisiatif kerajaan MADANI meringankan beban perjalanan rakyat Malaysia yang merancang pulang ke kampung halaman sempena perayaan Krismas atau bercuti bersama keluarga sempena musim cuti sekolah.
“Pemilihan tol percuma itu juga bagi mengeluarkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar,” katanya dalam sidang media di ibu negara.
Ahmad berkata, kos pemberian tol percuma ditanggung kerajaan dan bukan daripada syarikat konsesi.
“Kerajaan membayar RM80.07 juta sempena Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali RM42.31 juta dan Tahun Baru Cina RM41.21 juta,” katanya
Ujarnya, secara puratanya kerajaan memperuntukkan RM20 juta sehari kepada syarikat konsesi lebuh raya, menerusi pelaksanaan tol percuma. – WILAYAHKU