Berita

Tiket Kejohanan Dunia M6 mula dijual

- Diterbit 6 Oktober 2024 4:39 PM MYT

JUALAN tiket untuk pembeli awal (early bird) bagi Kejohanan Dunia Mobile Legends Bang Bang (MLBB) (M6) akan bermula secara rasmi pada 5 Oktober pukul 12 tengah hari, menawarkan diskaun 20 peratus untuk tiket Grand Finals Day dan Comeback Day.

MOONTON Games memaklumkan promosi itu akan berlangsung hingga 7 Oktober sementara stok masih ada menerusi rakan kongsi rasmi Ticket2U.

“Acara yang ditunggu-tunggu ini akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil, venue yang sama edisi pertama siri M dianjurkan lima tahun lepas, menarik peminat dari seluruh dunia untuk menyaksikan pasukan MLBB terbaik berentap.

“Comeback Day pada 14 Disember akan menampilkan perlawanan Lower Bracket kedua terakhir pada 3 petang diikuti Lower Bracket Final pada 7 malam.

“Harga tiket adalah RM24 bagi kategori Epic, RM36 (Legend) dan RM48 (Mythic),” katanya dalam satu kenyataan.

Grand Finals Day akan berlangsung pada 15 Disember pukul 5 petang dengan tiket berharga RM24 (Epic), RM48 (Legend) dan RM80 (Mythic).

Pembeli tiket awal juga bakal menerima hadiah, cabutan bertuah dan diskaun 20 peratus untuk barangan rasmi kejohanan manakala pemegang tiket Mythic berpeluang mendapat tandatangan pemain M6. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas