SERAMAI lapan mangsa melibatkan dua keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, susulan banjir yang melanda 3 buah kampung sejak malam tadi.
Menerusi sumber Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Labuan, memaklum antara kampung yang terlibat antaranya Kampung Gersik, Kampung Sungai Buton dan Kampung Sungai Miri.
“Susulan daripada bencana itu, penduduk kampung yang terjejas mengalami kerosakan harta benda selepas ditenggelami air.
“Terdapat juga kejadian tanah runtuh dan telah menimpa struktur rumah kediaman penduduk berkenaan,”katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sehubungan kejadian itu, PPS di Dewan Balai Bomba Rancha-Rancha telah dibuka bagi penempatan penduduk yang terjejas.
“Ketika ini, sebanyak dua Keluarga Isi Rumah (KIR) membabitkan lapan mangsa di Kampung Gersik telah ditempatkan di PPS Rancha-Rancha,”katanya. – WILAYAHKU