Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Tiga jawatankuasa perkasa KL BAR

SESI pembetukan semula jawatankuasa dan penyediaan Pelan Tindakan KL BAR
- Diterbit 21 Jun 2024 10:20 AM MYT

TIGA Jawatankusa Pelaksana dibentuk  bagi memperkasa inisiatif Kuala Lumpur Bebas Asap Rokok (KL BAR) bagi Sesi 2024-2026 yang diaturkan oleh LA21 KL, Bahagian Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut Urusetia Agenda Tempatan (LA) 21 Kuala Lumpur, bertemakan Kuala Lumpur Sejahtera dan Makmur Tanpa Amalan Merokok, sebanyak tiga jawatankuasa diwujudkan melibatkan beberapa sektor.

“Antara jawatankuasa itu adalah Pendidikan & Latihan yang mengkhususkan kepada seminar, latihan, kursus dan klinik,  Perundangan dan Penguatkuasaan serta Promosi dan Publisti serta Pengiktirafan & Insentif,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas LA21, satu pemukiman turut diadakan bagi menyedia pelaporan kemajuan pelaksanaan program bagi tempoh 2021-2023.

“Dengan pelaporan ini, kesinambungan dalam membuat perancangan dan penambahbaikan bagi tempoh 2024-2026 telah dirangka melalui Penghasilan Pelan Tindakan dan melibatkan pihak berkepentingan agar jelas dalam memainkan peranan dan melaksanakan program dan aktiviti bersama-sama,” katanya.

Antara agensi terlibat adalah Malaysia Association of Environmental Health (MAEH), Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Prasarana Malaysia Berhad, Pemuafakatan Ibu Bapa Prihatin Zon Sentul, National Leaders Movement (NLM), Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH), Malaysian Council for Tobacco Control (MCTC), Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) dan Pertubuhan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM).

Selain itu pertubuhan yang terlibat adalah Pertubuhan IbuBapa Mencegah Rokok dan Vape Kuala Lumpur (PAVAC), Business & Professional Women Putrajaya (BPW) dan Social Community Program Urban Society (SCOPURS).

Jawatankuasa tersebut juga turut melibatkan Jabatan Wilayah Persekutuan, Jabatan Kesihatan WPKL dan Jabatan Pendidikan WPKL serta termasuk empat jabatan dalaman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Jabatan Perancangan Bandaraya, Jabatan Kesihatan dan Alam sekitar (JKAS) Jabatan Pengangkutan Bandar dan Jabatan Undang-undang dan Pendakwaan.

KL BAR merupakan inisiatif LA21 yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan atau SDG bagi mempromosi gaya hidup sihat sekali gus mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, masalah paru-paru dan pelbagai penyakit kronik lain. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas