BERJAYA menembusi pasaran global dalam tempoh yang singkat di seluruh rantau Asia ini, Sace Lady merupakan antara jenama yang terlaris dalam kategori kosmetik di cawangan rakan runcit yang terkemuka seperti Guardian, termasuk di platform e-dagang seperti Shopee, dan juga TikTok.
Malah produk ini juga disahkan sudah lapan tahun bertapak di Malaysia dan mendapat tempat di kalangan masyarakat sekali gus bersaing sihat dengan kosmetik lain.
Pengarah Sace Lady Malaysia, Sherman Lim berkata menerusi pelancaran produk baharu ini, pihaknya terus berusaha memenangi hati peminat kosmetik.
“Buat mereka yang ingin mendapatkan produk ini secara “
‘offline’, jangan lupa ambil peluang ini untuk mengunjungi mana-mana cawangan Guardian berhampiran anda kerana pelbagai tawaran istimewa menanti anda,” katanya.
Menurutnya, produk yang diformulasi dari Korea Selatan ini telah melakar pelbagai kejayaan di serata dunia termasuklah berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat dan Vietnam.
Menurutnya lagi, jenama ini semakin mendapat perhatian dan sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan dan juga selebriti.
“Sace Lady Glasting Water Tint Lipstik yang popular misalnya telah menjadi produk wajib dipakai dalam rutin solekan kerana teksturnya yang ringan beserta ciri liputannya yang tinggi, digandingkan dengan keupayaan mencegah bibir merekah dengan ramuan semula jadi.
“Di samping hasilnya yang sempurna, lip tint baharu ini juga disulam dengan bahan-bahan penjagaan permukaan bibir yang asli dan selamat.” katanya.
Didatangkan dengan lapan pilihan warna, Lip Tint ini disahkan mampu memberi kesan positif kepada si pemakai bahkan dapat mengelak kekusaman serta mencegah masalah bibir kering.
“Selain mencantikan, liptint ini membantu untuk menghidrat dan memunggilkan bibir, sekaligus kelihatan bermaya dan lembut. Liptint ini memberikan warna yang lebih berintensiti dan mampu bertahan sehingga 10 jam jadi, anda tidak perlu touch up bibir dengan kerap.
“Liptint ini tidak akan mengeringkan bibir kerana mengandungi bahan yang telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dapat melembutkan bibir dengan setiap sapuan.
“Ia amat sesuai untuk semua warna kulit yang berbeza dengan reka bentuknya yang kelihatan mewah dan elegan. Paling menarik, teksturnya sangat pigmented dan ringan sekaligus meletakkan keselesaan sangat selesa untuk dipakai setiap hari.” tambahnya lagi.
Berinspirasikan tona warna kemerahan, lip tint ini mampu menyerlahkan lagi seri pada bibir anda. Menariknya, lip tint ini bukan saja boleh pakai pada bibir tapi boleh digunakan pada pipi dan mata untuk gantikan blusher dan eyeshadow.
Memang menjimatkan malah sangat sesuai untuk anda yang nak bersiap dengan cepat, secalit di bibir, pipi dan mata.
Untuk rekod, produk ini memiliki tekstur yang lembut dan mudah diaplikasikan, memberikan hasil yang halus dan menghidrasi bibir anda malah ia mampu menawarkan warna bibir yang kelihatan semula jadi dan tahan lama kerana mempunyai tona warna yang lebih natural berbanding lipstick, menghasilkan penampilan yang ‘fresh’. – WILAYAHKU