KERAJAAN tidak memfailkan sebarang tindakan undang-undang sivil ke atas pengendali perkhidmatan 1BestariNet, YTL Communications Sdn Bdh (YTLC).
Kementerian Pendidikan Malasyian (KPM) kini sedang memuktamadkan cadangan penyelesaian dan mengemukakan Memerondum Jemaah Menteri untuk menentukan hala tuju penyelesaian 1BestariNet.
“KPM menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanya Pencegah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan ini.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan projek oleh YTLC dari 2011 sehingga 2019 , sebanyak 9,828 sekolah dibekalkan dengan perkhidmatan 1BestariNet.
“Pihak syarikat YTLC juga telah mendirikan sebanyak 2,748 struktur menara komunikasi dalam premis sekolah untuk tujuan penyampaian internet, antaranya 1,143 struktur dibina di atas tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) dan 1,605 struktur dibina di atas tapak premis sekolah bukan milik PTP,” menerusi kenyataan KPM di Dewan Rakyat.
Penjanjian 1BestariNet Fasa 2 tamat pada 30 Jun 2019. Walau bagaimanapun, selepas perjanjian tamat terdapat isu yang belum selesaI berkaitan kadar sewaan tapak dan caj elektrik untuk menara 1BestariNet Receiver Integrated System (1BRIS) yang melibatkan 2,748 menara.
Pada 2019, KPM merancang rundingan dengan syarikat mengenai kadar penyewaan tapak dan caj elektrik menara 1BestariNet, namun rundingan tertangguh kerana YTLC memfailkan permohonan kebenaran untuk Semakan Kehakiman terhadap Kerajaan.
Rundingan diteruskan setelah syarikat menarik balik permohonan itu pada 5 Oktober 2021, seperti disyaratkan oleh KPM.
Pada 17 Mac 2023, Nota Jemaah Menteri berkaitan Cadangan Penyelesaian Isu Sewaan Tapak dan Caj Elektrik Menara Komunikasi 1BRIS bagi Projek Perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 dan Pasca 1BestariNet dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.
KPM menjawab pertanyaan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Langkawi) yang meminta Menteri Pendidikan menyatakan status terkini projek 1BestariNet dan apakah tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap syarikat yang diberikan tender. – WILAYAHKU