TIDAK serik menjadikan selebriti sebagai wajah promosi bufet Ramadan, Hotel Tenera akui membawa pendekatan berbeza untuk tahun ini.
Setelah dua tahun berturut-turut melantik Datin Alyah dan Rozita Che Wan sebagai wajah bufet Ramadan, Tenera menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa pelantikan artis sebagai kurang impak.


Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera & Suites, Fadzly Hamzah, beliau sentiasa menghargai sokongan rakan-rakan selebriti yang sudi menikmati hidangan berbuka puasa.
“Kenapa tidak ada wajah bufet Ramadan tahun ini kerana kami mahu lihat sedikit kelainan di mana kali ini kami lebih memberi tumpuan kepada ‘review’ yang dibuat oleh para pelanggan.
“Kami lihat ia sebagai komen yang jujur dan ikhlas daripada para pelanggan kami. Kalau baik kita raikan, kalau ada kelemahan kita perbaiki. Sebenarnya ini yang membuatkan kami dari tahun ke tahun boleh menambahbaik dalam hidangan bufet Ramadan kami.
“Kita tak pernah serik sebenarnya bekerjasama dengan selebriti . Apa sahaja yang melibatkan artis atau selebriti, kami sangat raikan. Artis ada kelebihan mereka yang tidak ada pada orang lain, dan begitulah juga sebaliknya.
“Kita tak boleh tengok seseorang itu semua negatif, kerana mereka pasti ada kekuatan mereka yang tersendiri dan kita raikan semua itu.
“Dalam masa yang sama, sekecil mana pun sumbangan mereka kepada Hotel Tenera, tetap itu merupakan sumbangan yang amat kami hargai dan syukuri.
“Kalau tengok tahun ini pun, kami masih panggil rakan-rakan selebriti seperti Datin Alyah, Ayu Damit, Rina Eva, Osama Yamani, Zaki Yamani dan ramai lagi, untuk berbuka puasa dan membuat persembahan.
“Boleh kata setiap kali Ramadan, mereka wajib ada. Kami dapat rasakan, Mereka adalah sebahagian daripada kami,” katanya.

Dalam pada itu Fadzly berkata, pihak hotel tidak sesekali mencampuri urusan peribadi artis.
“Kami ambil pendekatan profesional di mana selebriti tetap selebriti dan ada kelebihan masing-masing.
“Kami juga tidak letak ‘benchmark’ kalau ada artis yang bermasalah, kami akan ‘banned’ atau elak kerjasama. Jauh sekali, malah tiada langsung istilah tersebut bagi kami.
“Mereka juga manusia biasa seperti kita semua, ada masanya melakukan sedikit kesilapan. Kesilapan itu bukan untuk selamanya dan kami rasa tiada orang nak buat silap.
“Dalam masa yang sama kita tengok dari segi aspek positif, apa pun yang berlaku kepada mereka, ia tidak sesekali menjejaskan hubungan dengan kami. Tidak sama sekali,” ujarnya.
Sebelum ini Hotel Tenera pernah melantik selebriti popular Datin Alyah dan Rozita Che Wan sebagai wajah promosi bufet Ramadan mereka.
Menyentuh tentang bufet Ramadan tahun ini, Hotel Tenera membawa tema Serantau Desa, di mana mereka menyelami perasaan anak-anak perantau yang bakal pulang ke kampung,
Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera yang bermula pada 3hb Mac – 29 Mac 2025 sentiasa menjadi pilihan pelbagai golongan kerana sajiannya yang sedap, tempat yang selesa dan harga berpatutan buat seisi keluarga. Dan semestinya menu di Hotel Tenera di yakini Halal.
Menurut Fadzly, Bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai-gerai seperti di Bazar Ramadan.
Untuk itu, terdapat lebih 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.
Bukan itu sahaja, terdapat lebih daripada 200 menu hidangan seperti Nasi Dalcha Lutut Kambing, Asam Pedas Huzz Power, Kariaq ‘mapley’ Kepala Ikan, Kawah Gulai Raja Berangkat, Coq Langgar Padang Merdeka, Tempe Madoran, Kopi Gantung, Teh Chai dan yang pasti dinanti-nantikan buah Durian yang akan disajikan pada setiap hari.
Selain itu, hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kari Kepala Salmon Jawa, Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.
Kesedapan menu-menu hidangan ini adalah hasil air tangan seorang Cef yang berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said iaitu Chef Eksekutif Hotel Tenera.
Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah melayakkan Hotel Tenera menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ untuk lima tahun berturut-turut bermula pada tahun 2019 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada para pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh.
Pihak hotel juga membawa wakil daripada Tahfiz Masjid Al-Hasanah, Bangi untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.
Sedikit mengenai Hotel Tenera & Suites, hotel bertaraf lima (5) bintang milik penuh Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad, KPF ini adalah berkonsepkan ‘Mesra Muslim’.
Antara yang menarik hotel ini mempunyai 502 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah Grand Ballroom yang boleh memuatkan seramai 1000 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.
Harga bufet Ramadan pada tahun ini adalah RM158+ untuk dewasa dan rm78+ (kanak-kanak & warga emas).
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi). – WILAYAHKU