Berita

Tidak akan tangguh perlesenan media sosial – Fahmi

Foto: Facebook Fahmi Fadzil
- Diterbit 27 Ogos 2024 5:07 PM MYT

MENTERI Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan tidak berhasrat menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Temu Mesra Masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing Bersama Menteri Komunikasi di Sepang hari ini.

Kerangka kawal selia atau perlesenan perkhidmatan media sosial yang diperkenalkan pada 1 Ogos lepas dan berkuat kuasa mulai tahun depan, tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.

Pelesenan itu hanya terpakai kepada pihak penyedia perkhidmatan media sosial. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas