Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

‘Tiada yang layak melainkan Siti Nurhaliza’ – Afdlin Shauki

- Diterbit 26 Jun 2024 7:25 PM MYT

PENGARAH dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki berpendapat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah insan yang paling layak dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced).

Menurut pengarah filem Papadom itu, Siti mempunyai pengalaman luas dalam bidang seni suara, mencapai pelbagai kejayaan  membanggakan dan telah menjayakan lebih 60 konsert dalam dan luar negara.

“Siti adalah pakar industri seni vokal. Walaupun beliau bukan seorang cikgu tapi beliau  pakar. Siti adalah penyanyi nombor satu Malaysia.

“Berapa banyak cikgu vokal yang mengajar di universiti yang mencapai tahap seperti Siti Nurhaliza?

“Mereka mempunyai pengetahuan yang berbeza. Pakar akademik tahu sesuatu yang mungkin Siti tak tahu.

“Begitu juga apa yang Siti tahu, beliau membina nama dan pencapaian di luar negara di mana pengalamannya tidak ada pada pakar akademik.

“Kiranya ilmu pakar akademik dan Siti adalah saling melengkapi dalam sesebuah pembelajaran.

“Misalnya Siti telah menjayakan banyak konsert, macam mana perasaan  apabila berhadapan dengan ramai penonton. Siapa ada pengalaman itu? Saya tak ada pengalaman itu.

“Jadi orang yang paling layak, antaranya adalah Siti,” katanya.

Afdlin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung kontroversi dalam kalangan netizen berkenaan pelantikan Siti sebagai pakar.

Afdlin yang baru-baru ini dilantik sebagai Profesor Adjung di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, usaha tanpa mengenal erti penat lelah Siti membuatkan hasil.

“Secara peribadi, saya rasa tidak ada yang  layak untuk dilantik sebagai pakar industri melainkan Siti Nurhaliza.

“Mungkin ada lagi beberapa nama lain juga yang layak, tapi Siti antara yang layak dan tidak boleh dinafikan lagi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Siti. Dia patut berbangga kerana ini adalah hasil usaha kuat, bertungkus lumus untuk menjadi antara penyanyi hebat dalam negara kita,” tambahnya. – WILAYAHKU

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas