Berita

Tiada rakyat dipinggirkan dalam setiap inisiatif dirangka kerajaan

ANWAR menyantuni rakyat pada sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya, baru-baru ini.
- Diterbit 27 Disember 2024 11:37 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada rakyat dipinggirkan dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI.

Menurut beliau, ia meliputi orang miskin, anak muda, wanita, warga emas, petani, nelayan, pelajar selain di kota dan di desa.

“Antara keutamaan terpenting Kerajaan MADANI sepanjang tahun ini adalah memastikan kesejahteraan rakyat sebagai tunjang dalam setiap inisiatif yang dirangka dan dilaksanakan.

“Alhamdulillah kerajaan telah merangka usaha yang jitu untuk memastikan tidak ada rakyat yang dipinggirkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Perdana Menteri berkata, setiap langkah diambil oleh kerajaan adalah dengan matlamat membina kehidupan rakyat yang lebih bermakna dan bermaruah.

“Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas