Berita

Tiada perbincangan kerjasama UMNO, PAS pada PRU16 – Fahmi

Kredit: BERNAMA
- Diterbit 24 Julai 2024 7:05 PM MYT

PIMPINAN utama dalam Barisan Nasional telah menegaskan bahawa tiada perbincangan yang berlaku antara UMNO dan PAS untuk menjalin kerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menteri Komunikasi yang juga jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Bersatu akan menjadi parti yang paling gerun serta risau jika perbincangan antara UMNO dan PAS untuk menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) benar-benar wujud.

“Apatah lagi kita tahu ramai di Nenggiri yang mengharapkan supaya PAS bertanding. Jadi saya rasa apa pun, paling risau adalah Bersatu.

“Mereka tahu dan mereka faham mereka adalah liabiliti kepada PN, kepada PAS,” katanya pada sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dilaporkan berkata ada pertemuan bersama pemimpin utama UMNO untuk membincangkan kerjasama bagi menghadapi PRU16. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas