Berita

Tiada catuan bekalan elektrik

SET janakuasa baharu mampu meningkatkan bekalan elektrik di Labuan.
- Diterbit 19 Julai 2024 3:10 PM MYT

SABAH Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi jaminan tidak berlaku catuan terhadap bekalan elektrik di Labuan berdasarkan kapisitinya yang mencukupi.

Menurut Pengurus Besar Kanan SESB, Ir Mohd Yusmanizam Mohd Yusof, pihaknya telah memperkasakan kapasiti penjanaan tenaga dan terkini melalui projek penyewaan lebih 100 unit set jana kuasa (rental gensets) yang baharu.

Katanya, pengoperasian sepenuhnya set-set janakuasa di beberapa lokasi strategik di Labuan, Sandakan dan Lahad Datu, Sabah telah memberi kesan yang amat positif terhadap sustainability Sistem Grid Sabah dan Labuan.

“Projek–projek ini mula dioperasikan secara berperingkat bermula pada bulan Februari yang lalu manakala fasa kedua projek di Labuan siap sepenuhnya pada bulan Jun ini.

“Selepas bulan Mei ini, kita memberikan jaminan tiada lagi berlakunya catuan bekalan berlaku di Labuan,” katanya kepada pemberita, baru-baru ini.

Tambahnya, kapasiti di Labuan keseluruhan penjanaan yang dihasilkan menerusi set jana kuasa adalah pada 135 MegaWatt (MW) berbanding permintaan beban penguna sebanyak 70MW sahaja.

“Bagi kapasiti lebihan tenaga di Labuan ini,ia dieksport ke Sabah melalui Sistem Grid setiap hari bagi membantu memastikan Sistem Grid secara keseluruhanya di kedua-dua wilayah adalah baik,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas