Berita

Terus kecemerlangan hingga ke menara gading

- Diterbit 26 Oktober 2024 11:28 PM MYT

SETIAUSAHA Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berharap pelajar sekolah menengah yang berjaya menamatkan pengajian meneruskan kecemerlangan pembelajaran di menara gading.

“Diharapkan anak-anak pelajar sekalian menjadi insan yang berguna untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara,” ujar beliau merasmikan Majlis Graduasi pelajar Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tun Razak.

Dalam majlis yang berlangsung di Le Quadri Hotel, Kuala Lumpur, Azman turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar terlibat.

“Semoga majlis apresiasi hari ini menjadi titik tolak untuk anak-anak semua mengukir kejayaan,” ujar beliau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas