Berita

Terus cipta sejarah… Mat Kilau kini cecah RM80 juta

- Diterbit 16 Julai 2022 9:38 AM MYT

SELEPAS 25 hari ditayangkan, filem fenomena Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan berjaya mencatat kutipan RM80 juta sehingga petang, hari ini.

Pengarah filem tersebut, Syamsul Yusof,38, berkongsi rasa syukurnya apabila naskhah garapannya itu terus mendapat tempat di hati para penonton.

“Allah yang telah gerakkan hati kalian untuk membeli tiket dan tonton filem ini. Sujud syukur,” tulis Syamsul menerusi satu entri terbaharu dalam Instagram.

Syamsul, 38, juga memaklumkan, sudah tiba waktunya karya-karya tempatan bangkit sekali gus terus memajukan industri perfileman tanah air.

“Masanya telah tiba, industri filem Malaysia perlu bangkit. Pada yang memberi komen positif untuk filem saya, syukur dan terima kasih. Saya amat terharu serta hargai sokongan kalian.

“Buat mereka yang katakan filem saya kali ini sampah atau lemah, juga saya terima dengan berlapang dada, kerana there’s no such thing as perfect film (tiada istilah filem yang sempurna),” katanya menerusi entri Instagram berlainan.

Syamsul juga akui dia akan tetap melakukan yang terbaik meskipun terdapat banyak kelemahan dalam industri perfileman negara.

“Insya-Allah. Saya akan terus fokus dan sedaya upaya bawa industri filem Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik walau terlalu banyak kelemahan dalam industri kita.

“Kelemahan inilah yang telah membunuh industri dan pengkarya filem! Finas, orang filem & kerajaan ayuhlah bangkit baiki kelemahan industri filem. Ayuh ikhlas dalam perjuangan ini,” luahnya.

Filem terbitan Kembara Studio itu menampilkan Datuk Adi Putra sebagai Mat Kilau, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As’ari, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.  – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas