Biz

Terus berkembang, Tea Amo bakal buka 1000 wagon seluruh Malaysia

|||||
- Diterbit 16 Julai 2023 12:06 AM MYT

YAKIN dengan jenama minuman yang menawarkan topping taufa, pemilik wagon Setapak, Zuliana Ishak mensasarkan 1000 usahawan wagon Tea Amo di seluruh Malaysia.

Jelasnya, Tea Amo yang dimiliki sepenuhnya oleh Malakat Eco Group kini membuka peluang kepada usahawan untuk memiliki cawangan sendiri menerusi sistem francais dengan pakej serendah RM75,000.

“Saya merupakan pengusaha wagon di Setapak dan kini sedang merancang untuk merekrut lebih ramai lagi usahawan Tea Amo.

“Selepas ini akan ada beberapa projek bersama selebriti antaranya Yassin dan Zahid AF. Kami juga sedang mencari beberapa lokasi yang bersesuai di Lembah Klang untuk membuka lagi beberapa cawangan Tea Amo.

“Tea Amo dimiliki sepenuhnya oleh Malakat Eco Group dan kini dibuka kepada usahawan bumiputera yang berminat untuk membuka cawangan baharu Tea Amo.

“Setakat ini terdapat 14 cawangan di bawah kelolaan ibu pejabat. Kami mempunyai beberapa pakej dan ia bermula dengan harga serendah RM75,000 sahaja,” katanya menyatakan Tea Amo turut diterima baik di beberapa negara antaranya Sirkeci Turkiye dan Jakarta Indonesia.

ZULIANA Ishak mensasarkan 1000 usahawan wagon Tea Amo di seluruh Malaysia.

Menceritakan kembali detik pertama jatuh cinta dengan Tea Amo, kata Nana, percutiannya ke Turkiye membuka mata bahawa produk bumiputera Malaysia mampu menakluk dunia.

Kongsinya, Kafe Tea Amo sangat popular di kalangan masyarakat tempatan Turkiye dan mereka sanggup beratur panjang untuk menikmati minuman popular teh boba dan taufa.

“Sewaktu bercuti di Turkiye, ada beberapa kawan yang cerita di sana ada sebuah kafe milik orang Malaysia. Dan apabila sampai, saya lihat orang Turkiye beratur untuk beli Tea Amo.

“Rakyat tempatan Turkiye suka dengan air boba dan taufa Tea Amo. Dan saya mengambil pendekatan itu untuk perkenalkan di Malaysia,” kongsinya kepada Wanita.

Tea Amo merupakan jenama minuman pertama yang menawarkan topping Tau fu fah dan dibuat segar setiap hari dan terdapat beberapa siri perisa yang terdiri daripada Taufa Series, Chicolata Series, Unique Mango Boba Series, Brown Sugar Pearl Series, Tropical Fruit Series dan Milky Series.

BEEGO dan Zahid antara artis popular yang turut menyukai minuman Tea Amo.

Selain minuman, Tea Amo turut terkenal dengan keenakan Tau fu fah yang mempunyai tekstur yang lembut, cair di mulut, lemak manis dan disajikan bersama warm pearl.

“Terdapat enam siri air minuman paling popular di Tea Amo daripada 38 jenis minuman yang ditawarkan.

“Semuanya merupakan resipi yang diformulasi khas oleh pakar kami, central kitchen juga mempunyai sijil halal. Taufa juga dibuat segar setiap hari dan merupakan produk bumiputera,” tambah Nana lagi.

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas