Berita

Terokai keajaiban spot lepak baru di Putrajaya

PENCAHAYAAN neon menambah keindahan panorama pada waktu malam.
- Diterbit 12 Ogos 2023 7:00 AM MYT

TERLETAK di Presint 4, Putrajaya, Dataran Rakyat merupakan antara spot relaks baharu untuk bersantai dan berehat serta sesuai bagi aktiviti riadah bersama keluarga, mahupun tempat pertemuan program sukan secara berkumpulan seperti zumba dan sebagainya.

Motif tempatan pada siar kaki dan elemen landskap kejur di Dataran Rakyat sedia ada mengetengahkan konsep Melayu seperti corak batik, tempayan dan sebagainya. Malah ia ditambah baik dengan pencahayaan neon pada waktu malam yang menerangi kawasan tersebut dengan lampu berwarna-warni.

Waktu malam adalah masa yang paling cantik di mana pengunjung diberi pengalaman seolah-olah melangkah ke taman rahsia dan berpeluang meneroka kejaiban alam semula jadi dengan keindahan kerlipan lampu sekali gus menghadiahkan suasana yang memberi kedamaian dan ketenangan.

Perbadanan Putrajaya amat menitikberatkan penjagaan kawasan landskap dan taman awam di mana pemandangan dan karakter keseluruhan pusat pentadbiran kerajaan yang menarik dan selesa membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk warganya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas