Artikel

Terkenang Shahrum Yob

- Diterbit 13 Oktober 2023 11:46 AM MYT

MUZIUM Negara di ibu kota Kuala Lumpur sudah berusia enam dekad. Ia berdiri megah sebagai sebuah muzium nasional yang menjadi kebanggaan negara sebagai penyimpan pelbagai warisan budaya serta warisan alam semula jadi negara.

Muzium yang muka diibina pada tahun 1969 ini dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ketiga, Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963, sempena ulang tahun ke lima kemerdekaan negara. Ia juga antara tarikan utama pelancong.

Sempena usia enam dekad ini, Muzium Negara mengingatkan kawan-kawan Kedai Kopi kepada bekas ketua pengarah, Allahyarham Datuk Shahrum Yob, yang sangat kreatif dan berdedikasi mentadbir muzium. Beliau merupakan seorang tokoh yang popular.

Allahyarham yang mula bertus dengan muzium tersebut pada 1966 merupakan rakyat Malaysia pertama dilantik Ketua Pengarah Muzium pada 1972 hingga bersara daripada perkhidmatan awam pada 1991. Beliau meninggal pada 2016.

Kawan-kawan Kedai Kopi percaya ramai sudah mengunjungi muzium yang telah diiktiraf sebagai bangunan warisan kebangsaan pada 11 Ogos 2015. Ini merupakan perakuan mengenai keistimewaan dan kehebatan muzium tersebut.

Pelbagai khazanah budaya dan warisan serta alam semula jadi yang diabadikan dalam muzium ini bukan sahaja untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang tetapi juga sebagai sumber ilmu yang sangat berguna. Pelbagai perkara dapat dipelajari dan ilmu dapat ditimba dengan mengunjungi Muzium Negara.

Pada pandangan kawan-kawan Kedai Kopi, dalam usaha menjadikan muzium lebih berseri dan menarik pengunjung, ia mestilah juga aktif mengadakan pameran sampingan di samping pameran artifak kekal. Pameran sampingan boleh diadakan setiap berapa bulan sekali dengan tema berlainan.

Ketika Shahrum Yob menjadi ketua pengarah, beliau begitu kreatif dan inovatif mengadakan pelbagai pameran, antaranya yang popular ‘Khazanah Dari Kubur’. Sambutannya memang hebat. Malah orang ramai ternanti-nanti selepas satu pameran tertentu, apa pula idea Shahrum untuk pameran akan datang.

Namun selepas beliau berundur, pameran unik ini sudah jarang diadakan. Kini pun jarang diadakan. Oleh itu pada pandangan kawan-kawan Kedi Kopi kembalikan semula pameran seperti ini agar Muzium Negara terus segar dan meriah.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas