Lensa

Temu DBKL labuh tirai untuk 2024

- Diterbit 9 Disember 2024 3:33 PM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup tirai Program Temu DBKL tahun 2024 di Parlimen Kepong selepas menjelajah 10 kawasan  Parlimen lain di Kuala Lumpur sepanjang tahun 2024.

Namun‚ susulan sambutan luar biasa yang diterima‚ ia bakal diteruskan pada tahun hadapan sekali gus mencerminkan komitmen DBKL dalam usaha mendekati warga kota untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Seperti Program Temu DBKL yang lain‚ pelbagai aktiviti disajikan buat pengunjung antaranya reruai pameran dan perkhidmatan daripada jabatan dalaman DBKL‚ agensi kerajaan dan swasta antaranya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Pejabat Parlimen Kepong‚ Kementerian Belia dan Sukan‚ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta banyak lagi.

Selain itu‚ turut diadakan aktiviti menarik seperti Larian Santai Keluarga sejauh 3.5 kilometer‚ kaunter pembayaran saman dan cukai taksiran DBKL‚ Jualan Rahmah dan AgroMADANI.

Terdahulu‚ majlis disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur‚ Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

Lensa Wilayahku sempat merakamkan program terakhir Temu DBKL untuk tahun 2024. – WILAYAHKU

LENSA:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas