Berita

Tat Meng tinggalkan Team LZJ

Foto: BERNAMA
- Diterbit 6 Disember 2024 5:41 PM MYT

JURULATIH Lee Zii Jia, Wong Tat Meng bakal meninggalkan Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) setelah tamat kontraknya pada 31 Disember ini.

Team LZJ dalam kenyataan hari ini memaklumkan Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan untuk meneruskan fasa baharu dalam kerjaya kejurulatihannya.

“Beliau akan meneruskan khidmatnya bersama pasukan sehingga hujung tahun ini dan sedang mempersiapkan Zii Jia untuk Kejohanan Jelajah Akhir Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan datang,” katanya.

Tambahnya sepanjang membimbing Zii Jia, beliau telah membantu pemain kelahiran Kedah ini merangkul pelbagai kejuaraan terutamanya memenangi pingat gangsa di Olimpik PAris 2024.

“Sejak menyertai pasukan pada Julai 2023, Tat Meng telah memainkan peranan penting dalam membantu Zii Jia kembali ke dalam kelompok 10 terbaik dunia, memenangi gelaran dan membawa pulang pingat gangsa Olimpik Paris 2024.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Tat meng atas kerja keras, dedikasi dan paling penting, kebijaksanaan dan bimbingannya sepanjang masa bersama Team LZJ,” ujarnya.

Sementara itu, Team LZJ memaklumkan pihaknya akan melantik pengganti Tat Meng dan pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

“Pasukan kami juga sedang bersiap sedia untuk permulaan musim 2025, dengan mengingati kitaran Olimpik seterusnya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas