PROGRAM pencegahan jenayah di institusi pengajian dan sekolah melalui kerjasama Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) adalah bagi mendidik serta memberi bantuan dalam menangani masalah salah laku para pelajar.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata ini secara tidak langsung akan menyebarkan pelajar dan masyarakat tentang kepentingan menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasa dalam membanteras kegiatan jenayah.
Beliau hadir ke Karnival MADANI Penguatkuasa Daerah Cheras dan High Profile Policing (HPP) di Sunway Velocity Mall, Cheras Kuala Lumpur semalam.
“Saya berharap program ini dapat memberi ruang kepada masyarakat untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan dalam menangani isu jenayah semasa,” katanya.
Terdahulu, program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob. – WILAYAHKU