Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Tanah Rizab Melayu meningkat lebih 2.5 juta hektar

- Diterbit 27 Jun 2024 2:24 PM MYT

KELUASAN Tanah Rizab Melayu di Semenanjung Malaysia menunjukkan peningkatan sebanyak 2,554,363.37 hektar atau 105.43 peratus pada tahun 2023 berbanding tahun 1947.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata data terawal keluasan Tanah Rizab Melayu yang direkodkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) adalah pada tahun 1947 iaitu keluasan sebanyak 2,422,720 hektar.

“Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri, keluasan keseluruhan Tanah Rizab Melayu sehingga 30 Jun 2023 adalah sebanyak 4,977,083.37 hektar dan ini tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai Enakmen Rizab Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) yang bertanya mengenai jumlah terkini Tanah Rizab Melayu di seluruh negara.

Nik Nazmi berkata menerusi JKPTG hanya merekodkan data keluasan Tanah Rizab Melayu yang diterima daripada Pihak Berkuasa Negeri selaras dengan keputusan Majlis Tanah Negara Ke-69 pada tahun 2013.

“Berdasarkan perundangan semasa, hal ehwal Tanah Rizab Melayu adalah di bawah bidang kuasa sepenuhnya Pihak Berkuasa Negeri,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas