Berita

Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia

- Diterbit 16 November 2024 8:16 AM MYT

BEKAS Timbalan Menteri Pengangkutan,
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal
dunia di sebuah hospital swasta, petang tadi pada usia 78 tahun.

Allahyarham merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang selain pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Filipina.

Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Agung Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM). Allahyarham juga pernah menjadi Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan juga Pengerusi British Malaysia Institute (BMI) institusi pengajian tinggi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Sebagai seorang tokoh politik di Pulau Pinang, beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di Kementerian Belia dan Sukan dan dikenali sebagai seorang sahabat rapat kepada Perdana Menteri.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas