Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lensa

Taman Wetland Putrajaya: Taman rekreasi pendidikan alam

- Diterbit 28 Jun 2024 11:20 AM MYT

Oleh AMIN FARIJ HASAN

TERLETAK di Presint 13, taman awam seluas 3.35 kilometer persegi ini dibangunkan dengan tujuan mengekalkan kehijauan serta sebagai green lung dalam pembangunan Putrajaya.

Keindahan dan kehijauan Taman Wetland telah berjaya menjadikannya habitat kepada lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan serta lebih 24 spesies ikan air tawar dan haiwan akuatik.

Dibuka pada Selasa hingga Ahad bermula pukul 7 pagi sehingga 7 malam, Taman Wetland menyediakan pelbagai kemudahan yang menjadi tarikan pengunjung seperti Flamingo Pond, Menara Pandang, Glamping Taman Wetland dan Wetland Studios Putrajaya dahulunya dikenali sebagai Pusat Penghayatan Alam (NIC).

Bukan sahaja sebagai destinasi rekreasi tetapi juga menjadi pusat pendidikan alam dan lokasi pelbagai program sekali gus menarik pelawat dari serata dunia. – WILAYAHKU

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas