Berita

Taman Rimba Kiara: Mahkamah Tinggi kekalkan keputusan batalkan perintah pembangunan taman TTDI

The Taman Rimba Kiara redevelopment is a heated topic in GE14 and is expected to be highly debated during GE15.
- Diterbit 18 April 2023 7:41 AM MYT

MAHKAMAH Persekutuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan perintah pembangunan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk Taman Awam Bukit Kiara (sebelum ini dikenali sebagai Taman Rimba Kiara) di Taman Tun Dr Ismail.

Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga anggota diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, bersama-sama Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Datuk Rhodzariah Bujang, mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Pada 27 Jan 2021, Mahkamah Rayuan telah membatalkan perintah pembangunan yang diberikan DBKL.

DBKL, Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan pemaju kemudiannya merayu kepada Mahkamah Persekutuan supaya perintah pembangunan dikembalikan semula dan terus membangunkan Taman Rimba Kiara.

Dalam keputusan yang dibuat pada Selasa, panel hakim membuat kesimpulan bahawa pengeluaran perintah pembangunan itu bercanggah dengan undang-undang sedia ada di Wilayah Persekutuan.

Hakim Nallini berkata mahkamah mempertimbangkan terutamanya sama ada Datuk Bandar, sebagai entiti di bawah Akta Wilayah Persekutuan (FT), telah menggunakan budi bicaranya dengan betul dan sah.

Beliau berkata afidavit yang ditawarkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur memberikan sedikit gambaran tentang cara beliau menggunakan budi bicaranya dalam mengeluarkan perintah itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas