SHUAIB AYOB
SELEPAS sebulan berpuasa, kini Syawal menjelma dan sudah pasti dinanti-nantikan oleh kanak-kanak dengan mengenakan baju raya baharu.
Seperti biasa, golongan ibu bapa paling sibuk membuat persiapan termasuk si bujang bagi memeriahkan lebaran khususnya di kampung.
Aidilfitri memberi kesempatan untuk semua saling bermaafan antara satu sama lain malah menginsafi keberadaan mereka yang kurang bernasib baik.
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, lokasi popular di ibu kota iaitu Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan kawasan pusat beli-belah sekitarnya menjadi tumpuan utama pengunjung.
Lensa Wilayahku sempat merakam kemeriahan persiapan Aidilfitri dengan orang ramai bersesak-sesak untuk memilih busana raya yang ‘sedap mata memandang’. – WILAYAHKU
Lensa: