Berita

Syamsul Yusof fail cerai terhadap Ira Kazar

- Diterbit 19 Ogos 2024 9:00 PM MYT

KECOH dalam media sosial hari ini apabila pengarah filem terkenal,  Syamsul Yusof mengesahkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya Ira Kazar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor, hari ini.

Memetik laporan sumber Harian Metro, Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu berkata, Syamsul membuat keputusan itu selepas tidak ada lagi persefahaman antara mereka.

Pada Oktober tahun lalu timbul desas desus mengenai perceraian pasangan ini.

Bagaimanapun tidak ada sebarang kenyataan atau maklum balas daripada kedua pihak.

Syamsul dan Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu.

Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas