Berita

Sultan Ibrahim berkenan santap sarapan pagi di Kampong Bharu

- Diterbit 3 Jun 2024 12:06 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim berkenaan bercemar duli berangkat ke Kampong Bharu untuk santapan sarapan pagi hari ini.

Dalam hantaran di laman rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda berkenan santap di Nasi Lemak Wanjo yang merupakan antara gerai terkenal di ibu negara.

“Keberangkatan tiba baginda nyata mengejutkan dan membawa keterujaan kepada pengunjung yang hadir.

“Sultan Ibrahim juga berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra serta bergambar dengan rakyat jelata,” katanya.

Sebagai rekod, Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah YDPA adalah pada hari ini iaitu 3 Jun dan diwartakan sebagai cuti umum. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas