KEM badminton Wilayah Persekutuan meraih pingat Perak bagi acara berpasukan campuran setelah tewas di tangan Selangor hari ini.
Selangor mendahului permainan menerusi perseorangan wanita yang juga perseorangan wanita kebangsaan, K Letshanaa apabila menewaskan Lee Kay Xin 21-8, 21-6.
Wilayah Persekutuan berjaya menyamakan kedudukan menerusi bintang muda perseorangan lelaki negara, Justin Hoh Shou yang berjaya menundukkan Chua Kim Sheng dalam tiga set perlawananan 12-21 21-7 21-6.
Walau bagaimanapun pasangan beregu campuran dan beregu wanita tewas di tangan Selangor sekali gus memberikan mata kemenangan 3-1 dan menjadikan Wilayah Persekutuan di tempat kedua.
Pada aksi final berlangsung di Dewan Tertutup Sibu menyaksikan pingat gangsa dimenangi oleh pasukan Pulau Pinang.
Sukan badminton akan diteruskan esok dengan menawarkan lima pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran. – WILAYAHKU