Berita

SUKMA 2024: Kabaddi WP bolot semua emas

- Diterbit 24 Ogos 2024 2:05 PM MYT

WILAYAH Persekutuan (WP) mengungguli sukan kabaddi pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan menyapu bersih kedua-dua emas yang ditawarkan dalam acara tersebut.

Pasukan kabaddi wanita terlebih dahulu menyumbang pingat emas buat Kontinjen WIilayah Persekutuan apabila menewaskan pasukan Selangor dengan keputusan 12-6 dan diikuti pasukan kabaddi lelaki dengan kelebihan satu mata pada perlawanan akhir yang diadakan semalam.

Pada aksi final yang diadakan di Dewan Masyarakat Lundu, pasukan lelaki dilihat menerima tentangan sengit daripada pasukan Selangor sebelum berjaya menamatkan perlawanan dengan keputusan 35-34 untuk meraih emas.

Manakala pihak tuan rumah meraih gangsa selepas mengatasi Perak 38-36 pada penentuan tempat ketiga dan keempat.

Terdahulu, bagi saingan wanita yang diadakan secara liga, menyaksikan Wilayah Persekutuan menunjukkan taringnya dengan mengekalkan rekod tanpa kalah untuk muncul sebagai juara dengan 18 mata selepas enam perlawanan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas