Berita

SUKMA 2022: Wilayah Persekutuan bermula langkah kanan

SUHAIMI (depan, tengah) ketika meraikan jaringannya pada aksi pertama menentang Negeri Sembilan.
- Diterbit 12 September 2022 11:40 AM MYT

PASUKAN bola sepak Wilayah Persekutuan bermula dengan langkah kanan pada saingan Sukan Malaysia (SUKMA) apabila menewaskan pasukan Negeri Sembilan 1-0 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaya, Bangi.

45 minit pertama permainan berkesudahan tanpa jaringan meskipun beberapa percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Bermula separuh masa kedua, jaringan Suhaimi Abu pemain berjersi nombor 7 berjaya meletakkan pasukan Wilayah Persekutuan di hadapan.

Pasukan Wilayah Persekutuan berpeluang menambah jaringan pada babak kedua namun dihampakan dengan penyudah lemah. Kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel perlawanan.

Kejayaan menewaskan pasukan Negeri Sembilan menambahkan lagi semangat untuk perlawanan seterusnya menentang Perak pada Rabu ini bagi aksi dalam Kumpulan A dan berikutnya pasukan Selangor. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas