SKUAD lawan pedang Kontinjen Wilayah Persekutuan mengungguli acara sekali gus meraih pingat emas dan perak hari ini.
Lawan pedang yang baru membuka tirainya menyaksikan Wilayah Persekutuan mendominasi acara foil individu lelaki apabila dua atletnya bertemu sesama sendiri di peringkat akhir.
Kejayaan Kaerlan Vinod Kamalanathan memungut 15 mata melayakkan dirinya merangkul pingat emas manakala Goh Hen Wao yang meraih 12 mata terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.
Pingat gangsa menjadi milik wakil Selangor, Yu Shern Heng selepas menang tipis ke atas pasukan Terengganu dengan kutipan 15 berbalas 14 mata.
Acara lawan pedang akan diadakan sehingga 23 Ogos ini di Eastwood Valley Golf and Country Club Miri yang mempertaruhkan 10 lagi pingat emas. – WILAYAHKU