Berita

Suara penduduk berasas – Rizalman

PENGERUSI-pengerusi persatuan penduduk berbincang mengenai masa depan projek pembangunan semula yang terbengkalai sejak tiga tahun lalu. PENGERUSI-pengerusi persatuan penduduk berbincang
- Diterbit 4 Disember 2020 3:31 AM MYT

PROJEK pembangunan semula yang terbengkalai beberapa tahun telah menyebabkan penduduk berada di dalam dilema kerana berhadapan dengan masa depan yang tidak pasti.

RIZALMAN

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata, permintaan penduduk untuk
membangkitkan semula perkara ini ialah sangat berasas kerana projek ini telah berlarutan hampir 10 tahun.

“Kebanyakan penduduk yang merupakan warga emas tertanya-tanya apakah nasib dan hala tuju projek ini adakah ia ingin dibatalkan atau diteruskan.

“Inilah sebab penduduk sedang mencari jawapan kerana pada saya keresahan mereka sangat berasas kerana sebilangan besar daripada mereka telah bersetuju untuk kawasan ini dibangunkan,” katanya kepada Wilayahku
baru-baru ini.

Beliau berkata, apabila projek tersebut mahu dilaksanakan, pihak pemaju telah mengambil padang bola dan taman permainan dan telah ditutup.

“Penduduk terpaksa bersetuju atas alasan untuk memberi laluan projek pembangunan semula dan penduduk berhadapan dengan kesulitan apabila tiada kawasan untuk beriadah.

“Pusat kegiatan masyarakat, tadika dan pusat sukan untuk kemudahan penduduk juga terpaksa dirobohkan dan kini kawasan itu menjadi sarang haiwan berbisa yang boleh mengancam nyawa penduduk” katanya.

Rizalman menyeru kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
untuk menyelesaikan perkara tersebut secara tuntas demi menjamin nasib penduduk.

“Saya difahamkan, hampir 98 peratus penduduk telahpun bersetuju dengan projek tersebut dan banyak siri pertemuan telahpun dilaksanakan bagi menjayakan projek ini.

“Sepatutnya mandat dan persetujuan penduduk ini dapat membantu pihak pemaju dan DBKL melaksanakan
kerja-kerja berkaitan dengan lebih pantas, namun ia berlaku sebaliknya,” katanya.

Tambahnya, keduadua pihak harus mencari jalan penyelesaian secara once and for all untuk membantu penduduk agar mereka boleh merancang masa depan dengan baik.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas