Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Stok beras negara mencukupi untuk tempoh lima bulan

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 25 Jun 2024 9:00 PM MYT

KEDUDUKAN stok beras negara termasuk stok penimbal beras negara sehingga 18 Jun 2024 adalah sebanyak 1,128,165 tan metrik, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Jelasnya, keadaan itu mencukupi bagi tempoh lima hingga enam bulan keperluan negara. 

“Pada masa ini, kerajaan hanya menyimpan beras putih import sebagai stok penimbal beras yang diuruskan oleh Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) melalui Perjanjian Konsesi yang ditandatangani antara Kerajaan dengan BERNAS pada 11 Januari 2021.

“Sehingga kini, jumlah stok penimbal beras negara adalah ditetapkan pada kadar 200 ribu tan metrik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) yang bertanya mengenai stok penimbal beras di parlimen hari ini.

Mohamad berkata stok penimbal beras atau ‘stockpile‘ bertujuan untuk menyediakan simpanan beras bagi memastikan bekalan beras negara sentiasa mencukupi dalam tempoh tertentu iaitu semasa negara menghadapi keadaan kecemasan seperti bencana alam, kemerosotan dalam pengeluaran beras tempatan dan krisis di negara pengeksport.

“Buat masa ini, kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk menjadikan beras putih tempatan sebagai stok penimbal beras,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas