Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

Sophia Albarakbah impikan watak wanita lasak

Kredit: Instagram @sophiekoshka
- Diterbit 26 Jun 2024 3:58 PM MYT

SIAPA sangka di sebalik sikapnya yang lemah lembut, pelakon jelita Sophia Albarakbah impikan watak wanita lasak.

Katanya, beliau ingin mencuba sesuatu yang baharu dan menguji kemampuannya sebagai pelakon serba boleh selepas sering membawakan watak wanita lemah lembut.

“Saya mahu sangat berlakon watak lasak dengan aksi yang berat dan watak epik. Watak-watak ini saya belum cuba lagi, kalau diberi peluang pasti saya akan buat yang terbaik,” katanya yang ditemui Bernama selepas menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia, terbitan Bernama TV, di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, pemenang Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-35 itu berkata beliau juga bersedia mengambil risiko melakonkan babak aksi.

“Saya tidak nafikan watak aksi mempunyai risiko, tetapi jika saya sudah sahut (cabaran itu), saya mahu buat yang terbaik. Walaupun mencabar, ia akan jadi pengalaman yang menyeronokkan,” tegas pelakon berdarah campuran Arab, Melayu dan Cina tersebut.

Filem Saka Perawan arahan Dr Ahmad Idham itu akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula esok (27 Jun). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas