Berita

Skuad boling lelaki, wanita negara mara ke separuh akhir Piala Dunia 2025

- Diterbit 13 Januari 2025 3:59 PM MYT

SKUAD boling lelaki dan wanita negara masing-masing berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong hari ini.

Menurut laman web https://www.abf-online.org/results/2025, skuad wanita menampilkan aksi cemerlang menumpaskan skuad Sweden selepas memenangi tiga daripada empat perlawanan dengan keputusan 221-200, 187-142, 206-224, 226-185 pada suku akhir sebentar tadi.

Skuad wanita negara dibarisi Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman, Natasha Roslan, Sin Li Jane dan Gillian Lim.

Mereka dijaual bertemu Makau di separuh akhir esok.

Sementara itu, skuad lelaki turut mempamerkan aksi hebat dengan menumpaskan skuad Jerman dengan memenangi tiga dari empat perlawanan dengan keputusan 154-258, 234-199, 210-190, 202-184.

Pasukan lelaki negara yang dibarisi Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam dijadual bertemu Kuwait pada separuh akhir esok. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas