Berita

Skuad berbasikal trek pulang tangan kosong dari Hong Kong

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 17 Mac 2024 5:50 PM MYT

KEM berbasikal trek kebangsaan pulang dengan tangan kosong dari Piala Negara-negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2024 di Hong Kong yang berakhir hari ini.

Dalam acara pecut lelaki, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tewas kepada pelumba Perancis, Sebastien Vigier dalam saringan ketiga pusingan pertama di Velodrom Hong Kong.

Shah Firdaus sebelum itu layak ke pusingan pertama setelah meraih tempat ke-26 manakala adiknya, Muhammad Ridwan tidak melepasi pusingan kelayakan selepas menduduki tempat ke-30.

Sementara itu pelumba wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri tersingkir pada pusingan pertama repechage acara keirin wanita yang dimenangi pelumba Belanda, Steffie van der Peet.

Nurul Izzah berlumba dalam pusingan repechage selepas pelumba Kedah berusia 20 tahun itu menduduki tempat keempat dalam saringan ketiga pusingan pertama yang diungguli oleh Lea Sophie Friedrich dari Jerman. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas