Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

SKM santuni 466 petugas barisan hadapan

RAMANAN (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada frontliners
- Diterbit 21 Jun 2024 3:20 PM MYT

SURUHANJAYA Koperasi Malaysia (SKM) menyampaikan sumbangan pek makanan kepada petugas barisan hadapan Fakulti Perubatan, Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor bagi menghargai pengorbanan mereka yang tidak dapat pulang ke kampung ketika sambutan Hari Raya Aidiladha 1445H baru-baru ini.

SKM dalam kenyataannya berkata sumbangan tersebut telah diserahkan kepada 466 orang wakil-wakil petugas semua fakulti perubatan di hospital berkenaan.

“SKM tampil menyampaikan sumbangan berupa makanan dan minuman kepada petugas hospital yang merawat pesakit demi menyahut seruan kerajaan agar terus berbakti kepada frontliners yang tidak dapat meraikan perayaan bersama keluarga kerana tugasan hakiki kepada masyarakat.

“Penghargaan itu disampaikan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SKM menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SKM Prihatin bersempena Hari Raya Aidiladha 1445H yang berlangsung di Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Sungai Buloh.

“CSR ini telah disampaikan oleh Timbalan Menteri KUSKOP, Datuk Ramanan Ramakrishnan,” katanya.

Tambahnya, sumbangan kecil ini jelas menghadirkan senyuman kepada kakitangan di hospital ini kerana ia melambangkan keprihatinan masyarakat dan menghargai kerja keras frontliners.

“Doa kita semua semoga sedikit pemberian ini mampu melancarkan tugasan para frontliners,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas