DENGAN sekali lafaz , penyanyi Shila Amzah, 33, selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 25, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, pada Sabtu.
Pasangan terbabit dinikahkan bapa Shila, Datuk Amir Amzah atau ND Lala di hadapan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam Satu Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang, Selangor, Ustaz Mohamad Khairi Hussein.
Pada majlis itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala hantaran dirahsiakan.
Majlis akad nikah itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta rakan-rakan artis.
Pasangan ini saling mengenali sejak 2011. Hubungan mereka akrab sekitar 2014 dan menjadi semakin rapat sejak tahun lalu serta mengambil keputusan bertunang pada 27 Mei lalu.
Pasangan ini akan mengadakan dua majlis resepsi yang akan diadakan secara sederhana membabitkan ahli keluarga, rakan-rakan artis, rakan kongsi dari pelbagai negara.
Terdahulu, Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais. – WILAYAHKU
.