Berita

Shila Amzah popularkan lagu Wau Bulan di China

- Diterbit 11 Februari 2025 7:52 AM MYT

MEMBANGGAKAN! Itulah kata-kata yang sesuai apabila penyanyi, Shila Amzah membuat persembahan medley menggabungkan lagu Melayu dan Mandarin, di Beijing, China.

Dalam hantaran di Instagramnya, Shila berkongsi rasa teruja dapat mempersembahkan lagu Wau Bulan dan Wu Ming De Ren bersama penyanyi legenda, Sun Nan.

“Persembahan terbaharu saya di Beijing. Kita medleykan lagu Ewa Bule (Wau Bulan) dan Wu Ming De Ren nyanyian asal rakan duet saya, seorang penyanyi legenda, Sun Nan.

“Dia juga salah seorang juri ketika saya menjadi juara Asian Wave pada 2012,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, membuat persembahan dalam suhu yang sangat rendah juga satu pengalaman baru buat Shila.

“Ini adalah pengalaman pertama saya menyanyi secara langsung di luar dalam keadaan suhu sangat sejuk, suhu -5 darjah Celsius,” tulisnya.

Ruangan komen turut dipenuhi ucapan daripada pengikut-pengikutnya termasuklah rakan-rakan artis antaranya Marsha, Khai Bahar, Alif Satar, Mimi Fly, Arje Lee, Yana Samsudin dan ramai lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas