Berita

Shereen raih emas di Amerika Syarikat

- Diterbit 6 April 2025 1:30 PM MYT

ATLET olahraga negara, Shereen Samson Vallabuoy berjaya meraih emas menerusi kategori 400 meter (m) wanita pada Kejohanan Embry-Riddle Running Elements Classic 2025 di Florida, Amerika Syarikat.

Olahraga Malaysia dalam hantaran di Facebook hari ini memaklumkan atlet berusia 26 tahun yang mewakili pasukan Life Speed itu menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 53.72 saat (s) sekali gus mengesahkan kemenangan pingat emas di bumi ‘Uncle Sam’ itu.

“Ia juga merupakan gelaran pertamanya bagi tahun ini,” katanya.

Manakala bagi pingat perak pula dimenangi oleh Gabby Johnson daripada pasukan North Florida dengan catatan masa 55.17s manakala gangsa diraih Nevaeh Lorjuste daripada pasukan Rowan (56.91s).

“Menurut Shereen, 200m pertama agak mencabar disebabkan cuaca berangin dan arah angin berlawanan.

“Namun secara keseluruhan, beliau berasakan sangat baik dari segi teknikal dan berlari dengan penuh kekuatan,” menurut hantaran itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas