Berita

Setiausaha Agung PBB kecam peluasan konflik di Timur Tengah

Foto: UN Photo / Jean-Marc Ferré
- Diterbit 2 Oktober 2024 12:45 PM MYT

SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah, lapor Xinhua.

“Saya mengecam perluasan konflik di Timur Tengah dengan peningkatan demi peningkatan,” kata ketua PBB itu dalam kenyataan ringkas.

Guterres menegaskan konflik itu mesti dihentikan dan gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel lewat Isnin mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan “kempen darat yang tertumpu dan terhad” terhadap Hizbullah di selatan Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan pada Isnin malam bahawa 95 orang terkorban dan 172 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu negara Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar ketika berita tentang tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lubnan mula tersebar. – BERNAMA-XINHUA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas